Setia Hujung Nyawa
Setia Hujung Nyawa
Fatin Nabila
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu
menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari
bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus
terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya
atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa
rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri
membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik
melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta
Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh
isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan
dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya
hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain
takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung
nyawa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan