cara memujuk lelaki merajuk
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa
untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi
membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah
punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah
tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai
lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia
sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen
dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali
mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita
nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia
sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa
yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya.
Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran
anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan
ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana
anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Love!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan